Sunday, March 1, 2009

anakku haikal

assalamualaikum..
salam terutama untuk abi dan semua yang mengenaliku..lama benar mama tak mencorek..dan dikesempatan ini mama bersyukur sangat dapat bersua kembali..
alhamdulillah haikal mama dah selamat lahir..detik 11.12.2008.jam 1844..lahirlah haikal ke dunia..walau dalam seribu satu kepayahan akhirnya anakku selamat.dan kini dah masuk 3 bulan..
haikal yang ditatang sejak hari pertama lahir hingga kini..comel dan manja..dalam usia 2 bulan haikal dah pandai bermain,ketawa dan suka sangat menegur..kalaulah dah pandai bercakap..letih agaknya nak melayan..
beratnya haikal kini..rasa tak daya nak mendukung lama-lama..dilahirkan hanya seberat 3.0kg dan masuk 2 bulan seberat 5.8kg..
walau apa keadaan pun..mama bersyukur sangat-sangat..dikurniakan anak yang tidak banyak meragam..sihat walafiat..semoga membesar mu dalam sihat sentiasa..apabila dewasa menjadi insan yang berbakti pada org tua mu..
jumpa lagi ya..haikal ku dah mula minta disusui.byeee

Sunday, November 30, 2008

Serai oh serai...2



SALAM...


291108..jam 10 pg..Bukit Abal,P.Putih..


Hujan mencurah2 turun dengan lebat dicampur angin yang kuat bertiup..apa cerita projek serai hari ini..kalau di perjalanan sebegini lebat..mcmmana agak nya di atas bukit sana...????

Berbekalkan semangat serai yang berkobar2..hujan lebat sekalipun tetap diredah..sesampai di Selising,P.Putih..singgah sebentar membeli serai untuk dibuat benih..masih dalam hujan yang lebat...semangat serai tetap menbara..

Abi beli 200 btg untuk ditanam...hujan tak juga berhenti sepanjang perjalanan.kiri dan kanan jalan sudah dipenuhi air..ada gaya nak banjir nampak nya..perjalanan diteruskan..sesampai di kaki bukit..rasa untuk terus meredah menjadi semakin pudar..melihat air yang kuat mengalir..hujan yang tak henti2 membuatkan rasa takut dan bimbang..
Dek kerana serai sudah dibeli..semangat menanam pun masih berkobar2..banjir pun diredah juga..mujur lah..berkereta FRONTIER pacuan 4 roda..boleh ler tunjuk belang..dalam takut2 pun..MALAYSIA BOLEH..kami pun boleh..
Perjalanan diteruskan..hujan dan banjir diredah..namun di pertengahan jalan..air bertambah banyak..walau kereta yang dinaiki mampu meredah banjir dan hujan lebat sekalipun...tapi tak sanggup diteruskan perjalanan...takut tak boleh keluar pula nanti..parah juga tu..ditambah pula dengan line telifon pun tak ada..kami terus pulang ke rumah..dengan harapan..ada kelapangan dan banjir sudah surut nanti..semangat dan projek serai akan diteruskan....INSYAALLAH..

Serai oh serai...



Assalamualaikum...
281108.. JAM 5 ptg.. BUKIT ABAL,PASIR PUTIH
Penanaman serai bermula..di kebun atas bukit..dalam tanah yang sekangkang kera...walau tidak terlalu byk..tp cukup untuk suatu permulaan yang baik..dalam keadaan hujan renyai2 dalam kesibukan nyamuk dan pacat mencari mangsa serai selamat juga di tanam..
Apa yang penting semangat untuk menanam berkobar2..seisi keluarga dikerah untuk menjayakan projek serai..serai ditanam dalnm satu lubang mengandungi 4 batang dalam bentuk piramid..agak pelik tp cara ini merupakan satu cara dan taktik untuk mendapatkan..rumpunan serai yang baik dan perdu yang menarik..
Cukup dulu untuk hari ini..esok pula disambung..memandangkan hari dah gelap sangat..serai pun dah abis di tanam..yang tinggal hanya 100 btg yang perlu disemai terlebih dahulu..

Wednesday, November 26, 2008

Happy Anniversary


Assalamualaikum...


Salam buat semua..banyak hari dah mama tak update blog mama ni..sebabnya...pada 21-23hb baru2 ni,mama sekeluarga balik bercuti ke rumah mok di Pasir Putih dan seterusnya pergi ke Kuantan bercuti..


Sengaja mama taruk gambar sanding mama tu..sebabnya...pada 21hb Nov 2008 adalah ulang tahun perkahwinan mama yang ke-2..terlalu muda usianya..namun..alhamdulillah kebahgiaan senantiasa bersama kami..walau badai dan taufan sering melanda namun dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran..lumrahnya kehidupan..rumahtangga mana yang tak bergelora...hanya pada yang Esa mama berserah..dan yang paling kami syukuri..tak lama lagi..mama kan melahirkan cahaya mata pertama yang kini berusia 37 minggu dalam kandungan..yang sentiasa bergerak aktif menanti saat2 untuk melihat bumi...


Mama pula serasa tak sabar untuk menanti detik2 paling indah...untuk membelai si manja..dan melihat nya membesar dengan sihat walafiat..menjadi seorang anak yang soleh..berbakti kepada agama,bangsa,dan negara...doakan mama selamat melahirkan baby ini..insyaallah..


Buat suami tersayang terima kasih atas segala2nya..semoga abi juga tak sabar2 menanti hadirnya insan baru dalam keluarga ini..tiada apa yang boleh mama berikan sempena hari bersejarah ini...semoga abi berpuas hati dengan apa yang mama buat selama 2 tahun kita bersama..dan senantiasalah bantu mama ke arah yang terbaik untuk abi...

Wednesday, November 19, 2008

Pembetulan

maaf byk2 ya..rupa2nya mama silap fakta..abi sebenarnya pergi ke sk bukit awang.bukan smk..pastu tujuan ke sana untuk taklimat penanaman semula..bukan bermesyuarat...nak tanam getah atau kelapa sawit?alahai xpasti lah plak..tapi yang di plan2kan..nak tanam kelapa sawit..moga2 usaha ini kan berjaya dan berhasil...tanam la apapun asal betul2 menjadi..yang tak tahan yer..hangat2 tahi ayam....runsing gak tu..

tapi kali ni nampak abi betul2 bersungguh..mana kan xbersungguh..dari rumah kami di tumpat hingga ke pasir putih..sanggup meredah hujan ngan moto..semangat2...tapi yang kesian sangat..bila sampai umah..sesudah mandi, solat dan makan malam..terus pengsan(tidur)..hujan pula xhenti2 kat luar sana..sinonim betul dengan keletihan..bertambah2 sedap dibuai mimpi..

sepanjang perjalanan pergi tadi..abi bagitahu satu peristiwa yang menakutkan..abi sendiri terkejut dan tergaman dengan keadaan itu..apa tak nya..kalu syaitan dah menguasai diri..apa pun yang dibuat pasti tak terkawal..ikut nafsu je tau...suspen pula..hiii..

sesampai je kat...xingat la kat mana tadi...abi bagitahu..ada seorang mamat tu..suruh berhenti motor..motor itu membawa seorang perempuan..kira ni kes pakwe makwe monggek moto..mungkin juga yang suruh berhenti tu..abang si perempuan tu..dipendekkan cerita..mamat ni terus pegang puan tu..ditampar dan dipukulnya..teruk juga la si puan ni kena..sampai orang yang tengok cuba untuk meleraikan keadaan..tapi semua..xbuat apa2..pakwe si puan tu pula..lari entah ke mana..dah lah bawa anak dara orang..dibiar begitu..memang tak bertanggungjawab..langsung tak membela..tahu pula takut..lastly..mamat tu..bonceng adiknya..bawa balik kot..orang ramai juga yang terkial2..

pengajaran nya..
  1. jangan ikut nafsu sangat..geram atau nak marah..balik lepas kat rumah..tahu la nak jadi abang yang baik tapi..xkena cara nya begitu..
  2. kalu nak pukul sepak terajang sekalipun..jangan melampau2...kalu ditakdirkan meninggal...di gelar pembunuh pula..sapa susah..diri sendiri juga..
  3. nak bercinta pun..berpada2 lah..jangan sampai membawa malu orang tua..yang paling penting..malu kat Allah..walau orang tak tahu..tapi Allah tah
  4. berhati2 dalam memilih pasangan...laki sekarang..hanya nak suka2 je..
  5. banyak sangat pengajarannya..fikir2kanlah sendiri...

sekian..selamat malam...

abi oh abi


assalamualaikum.....


jangan ler terkejut apabila tengok pakwe hensem lagi bergaya ni..nampak jer rokers..tapi dia seorang ustaz dan pak imam muda mukim bunut sarang burung..dia juga lah kepala keluarga kami..sebagai peneraju ke arah isteri2 dan anak2 yang soleh dan solehah..

hari ini..pagi2 lagi abi dah pergi ke smk chabang empat..meneruskan tugasan harian..menjaga peperiksaan spm 2008..tugasan yang tak pernah ditinggalkan tiap2 tahun..tak mengira hujan atau panas tetap sedia demi anak bangsa..alhamdulillah..jasa mu di kenang..cemerlang, gemilang, terbilang...

lebih kurang 12.30 tgh abi telifon..memberitahu dia terpaksa pergi ke smk bukit awang untuk menghadiri mesyuarat..semoga selamat sampai dan selamat kembali..kami menanti abi di sini..



Tuesday, November 18, 2008

nilai RM 1 di hati setiap pesakit


Alhamdulillah hari ini 'bebek' sempat bawa 'dedek' farisa munirah ke klinik kesihatan Wakaf Bharu. Sesampai sahaja di lobi klinik abi terus meletakkan kad klinik 'dedek' di kaunter pendaftaran. Hari ni memang ramai pesakit dengan seribu satu keluhan.. lambatnya.. lama lagi ke..pakcik doktor tidur ke kat dalam tu bla..bla..bla. Abi berpakaian kerja dan berkad timbalan ketua pengawas peperiksaan. selepas jam 12.15 tgh nama farisa dipanggil ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan nombor giliran untuk menunggu dan menunggu. 'Encik ada bawa GL? kalau tak ada kena bayar RM 1 sebab bukannya apa kami takut pihak akautan kerajaan marah kat kami bla.. bla.. '. ' saya dari dewan periksa, tak sempat ke pejabat untuk dapatkan surat GL tapi biasanya tak kena bila dia tanya kerja kerajaan ke.. kat tumpat hari tu pun lepas, kat KB pun ok..' kat sini lain encik, lagipun tak ada tercatat kat kad klinik ni pekerjaan bapa, kad periksa tak boleh jadi bukti'. 'tak kisah la puan.. saya bayar RM1 tu'.. seraya abi keluarkan duit RM10 dari dompet. 'lain kali bawa GL ya.. duit kecil tak ada ke encik? ' memang itu je yang saya ada puan'.. dedek kat tepi dah nak tersungkur penat kerana RM 1. kesian munirah. Nombor 117 pun diberikan kepada kami. nombor yang tercatat di papan nombor sekarang ialah 93.. duduk sahaja sekejap di atas kerusi lena terus munirah di pangkuan abi. Panjang sungguh lena dan penat sehinggalah nombornya dipanggil. Benak kepala abi pusing..siapalah nama makcik tadi ya. memang tak sesuai berada di kaunter tu. rupa-rupanya memang betul.. makcik tu ganti sahaja kerana pegawai kaunter tu rehat sekejap kerana urusan lain.