Sunday, November 30, 2008

Serai oh serai...2



SALAM...


291108..jam 10 pg..Bukit Abal,P.Putih..


Hujan mencurah2 turun dengan lebat dicampur angin yang kuat bertiup..apa cerita projek serai hari ini..kalau di perjalanan sebegini lebat..mcmmana agak nya di atas bukit sana...????

Berbekalkan semangat serai yang berkobar2..hujan lebat sekalipun tetap diredah..sesampai di Selising,P.Putih..singgah sebentar membeli serai untuk dibuat benih..masih dalam hujan yang lebat...semangat serai tetap menbara..

Abi beli 200 btg untuk ditanam...hujan tak juga berhenti sepanjang perjalanan.kiri dan kanan jalan sudah dipenuhi air..ada gaya nak banjir nampak nya..perjalanan diteruskan..sesampai di kaki bukit..rasa untuk terus meredah menjadi semakin pudar..melihat air yang kuat mengalir..hujan yang tak henti2 membuatkan rasa takut dan bimbang..
Dek kerana serai sudah dibeli..semangat menanam pun masih berkobar2..banjir pun diredah juga..mujur lah..berkereta FRONTIER pacuan 4 roda..boleh ler tunjuk belang..dalam takut2 pun..MALAYSIA BOLEH..kami pun boleh..
Perjalanan diteruskan..hujan dan banjir diredah..namun di pertengahan jalan..air bertambah banyak..walau kereta yang dinaiki mampu meredah banjir dan hujan lebat sekalipun...tapi tak sanggup diteruskan perjalanan...takut tak boleh keluar pula nanti..parah juga tu..ditambah pula dengan line telifon pun tak ada..kami terus pulang ke rumah..dengan harapan..ada kelapangan dan banjir sudah surut nanti..semangat dan projek serai akan diteruskan....INSYAALLAH..

Serai oh serai...



Assalamualaikum...
281108.. JAM 5 ptg.. BUKIT ABAL,PASIR PUTIH
Penanaman serai bermula..di kebun atas bukit..dalam tanah yang sekangkang kera...walau tidak terlalu byk..tp cukup untuk suatu permulaan yang baik..dalam keadaan hujan renyai2 dalam kesibukan nyamuk dan pacat mencari mangsa serai selamat juga di tanam..
Apa yang penting semangat untuk menanam berkobar2..seisi keluarga dikerah untuk menjayakan projek serai..serai ditanam dalnm satu lubang mengandungi 4 batang dalam bentuk piramid..agak pelik tp cara ini merupakan satu cara dan taktik untuk mendapatkan..rumpunan serai yang baik dan perdu yang menarik..
Cukup dulu untuk hari ini..esok pula disambung..memandangkan hari dah gelap sangat..serai pun dah abis di tanam..yang tinggal hanya 100 btg yang perlu disemai terlebih dahulu..

Wednesday, November 26, 2008

Happy Anniversary


Assalamualaikum...


Salam buat semua..banyak hari dah mama tak update blog mama ni..sebabnya...pada 21-23hb baru2 ni,mama sekeluarga balik bercuti ke rumah mok di Pasir Putih dan seterusnya pergi ke Kuantan bercuti..


Sengaja mama taruk gambar sanding mama tu..sebabnya...pada 21hb Nov 2008 adalah ulang tahun perkahwinan mama yang ke-2..terlalu muda usianya..namun..alhamdulillah kebahgiaan senantiasa bersama kami..walau badai dan taufan sering melanda namun dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran..lumrahnya kehidupan..rumahtangga mana yang tak bergelora...hanya pada yang Esa mama berserah..dan yang paling kami syukuri..tak lama lagi..mama kan melahirkan cahaya mata pertama yang kini berusia 37 minggu dalam kandungan..yang sentiasa bergerak aktif menanti saat2 untuk melihat bumi...


Mama pula serasa tak sabar untuk menanti detik2 paling indah...untuk membelai si manja..dan melihat nya membesar dengan sihat walafiat..menjadi seorang anak yang soleh..berbakti kepada agama,bangsa,dan negara...doakan mama selamat melahirkan baby ini..insyaallah..


Buat suami tersayang terima kasih atas segala2nya..semoga abi juga tak sabar2 menanti hadirnya insan baru dalam keluarga ini..tiada apa yang boleh mama berikan sempena hari bersejarah ini...semoga abi berpuas hati dengan apa yang mama buat selama 2 tahun kita bersama..dan senantiasalah bantu mama ke arah yang terbaik untuk abi...

Wednesday, November 19, 2008

Pembetulan

maaf byk2 ya..rupa2nya mama silap fakta..abi sebenarnya pergi ke sk bukit awang.bukan smk..pastu tujuan ke sana untuk taklimat penanaman semula..bukan bermesyuarat...nak tanam getah atau kelapa sawit?alahai xpasti lah plak..tapi yang di plan2kan..nak tanam kelapa sawit..moga2 usaha ini kan berjaya dan berhasil...tanam la apapun asal betul2 menjadi..yang tak tahan yer..hangat2 tahi ayam....runsing gak tu..

tapi kali ni nampak abi betul2 bersungguh..mana kan xbersungguh..dari rumah kami di tumpat hingga ke pasir putih..sanggup meredah hujan ngan moto..semangat2...tapi yang kesian sangat..bila sampai umah..sesudah mandi, solat dan makan malam..terus pengsan(tidur)..hujan pula xhenti2 kat luar sana..sinonim betul dengan keletihan..bertambah2 sedap dibuai mimpi..

sepanjang perjalanan pergi tadi..abi bagitahu satu peristiwa yang menakutkan..abi sendiri terkejut dan tergaman dengan keadaan itu..apa tak nya..kalu syaitan dah menguasai diri..apa pun yang dibuat pasti tak terkawal..ikut nafsu je tau...suspen pula..hiii..

sesampai je kat...xingat la kat mana tadi...abi bagitahu..ada seorang mamat tu..suruh berhenti motor..motor itu membawa seorang perempuan..kira ni kes pakwe makwe monggek moto..mungkin juga yang suruh berhenti tu..abang si perempuan tu..dipendekkan cerita..mamat ni terus pegang puan tu..ditampar dan dipukulnya..teruk juga la si puan ni kena..sampai orang yang tengok cuba untuk meleraikan keadaan..tapi semua..xbuat apa2..pakwe si puan tu pula..lari entah ke mana..dah lah bawa anak dara orang..dibiar begitu..memang tak bertanggungjawab..langsung tak membela..tahu pula takut..lastly..mamat tu..bonceng adiknya..bawa balik kot..orang ramai juga yang terkial2..

pengajaran nya..
  1. jangan ikut nafsu sangat..geram atau nak marah..balik lepas kat rumah..tahu la nak jadi abang yang baik tapi..xkena cara nya begitu..
  2. kalu nak pukul sepak terajang sekalipun..jangan melampau2...kalu ditakdirkan meninggal...di gelar pembunuh pula..sapa susah..diri sendiri juga..
  3. nak bercinta pun..berpada2 lah..jangan sampai membawa malu orang tua..yang paling penting..malu kat Allah..walau orang tak tahu..tapi Allah tah
  4. berhati2 dalam memilih pasangan...laki sekarang..hanya nak suka2 je..
  5. banyak sangat pengajarannya..fikir2kanlah sendiri...

sekian..selamat malam...

abi oh abi


assalamualaikum.....


jangan ler terkejut apabila tengok pakwe hensem lagi bergaya ni..nampak jer rokers..tapi dia seorang ustaz dan pak imam muda mukim bunut sarang burung..dia juga lah kepala keluarga kami..sebagai peneraju ke arah isteri2 dan anak2 yang soleh dan solehah..

hari ini..pagi2 lagi abi dah pergi ke smk chabang empat..meneruskan tugasan harian..menjaga peperiksaan spm 2008..tugasan yang tak pernah ditinggalkan tiap2 tahun..tak mengira hujan atau panas tetap sedia demi anak bangsa..alhamdulillah..jasa mu di kenang..cemerlang, gemilang, terbilang...

lebih kurang 12.30 tgh abi telifon..memberitahu dia terpaksa pergi ke smk bukit awang untuk menghadiri mesyuarat..semoga selamat sampai dan selamat kembali..kami menanti abi di sini..



Tuesday, November 18, 2008

nilai RM 1 di hati setiap pesakit


Alhamdulillah hari ini 'bebek' sempat bawa 'dedek' farisa munirah ke klinik kesihatan Wakaf Bharu. Sesampai sahaja di lobi klinik abi terus meletakkan kad klinik 'dedek' di kaunter pendaftaran. Hari ni memang ramai pesakit dengan seribu satu keluhan.. lambatnya.. lama lagi ke..pakcik doktor tidur ke kat dalam tu bla..bla..bla. Abi berpakaian kerja dan berkad timbalan ketua pengawas peperiksaan. selepas jam 12.15 tgh nama farisa dipanggil ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan nombor giliran untuk menunggu dan menunggu. 'Encik ada bawa GL? kalau tak ada kena bayar RM 1 sebab bukannya apa kami takut pihak akautan kerajaan marah kat kami bla.. bla.. '. ' saya dari dewan periksa, tak sempat ke pejabat untuk dapatkan surat GL tapi biasanya tak kena bila dia tanya kerja kerajaan ke.. kat tumpat hari tu pun lepas, kat KB pun ok..' kat sini lain encik, lagipun tak ada tercatat kat kad klinik ni pekerjaan bapa, kad periksa tak boleh jadi bukti'. 'tak kisah la puan.. saya bayar RM1 tu'.. seraya abi keluarkan duit RM10 dari dompet. 'lain kali bawa GL ya.. duit kecil tak ada ke encik? ' memang itu je yang saya ada puan'.. dedek kat tepi dah nak tersungkur penat kerana RM 1. kesian munirah. Nombor 117 pun diberikan kepada kami. nombor yang tercatat di papan nombor sekarang ialah 93.. duduk sahaja sekejap di atas kerusi lena terus munirah di pangkuan abi. Panjang sungguh lena dan penat sehinggalah nombornya dipanggil. Benak kepala abi pusing..siapalah nama makcik tadi ya. memang tak sesuai berada di kaunter tu. rupa-rupanya memang betul.. makcik tu ganti sahaja kerana pegawai kaunter tu rehat sekejap kerana urusan lain.

Lawatan ke klinik..

seawal pagi dah bangun..tapi sayang xberpeluang berjemaah di rumah Allah..xterpilih agak yer..semoga..senantiasa diberi peluang n menjadi insan terpilih..untuk kini n selama yer..sehingga dijemput mengadap Yer..AMINNNN

solat sorang2 kat umah n sempat gak membaca yasin..alhamdulillah..ada gak peluang setelah lama xmengamal yer..

selesai seme tu..mula gosok pakaian n bersiap apa yang patut..alhamdulillah..selesai juga akhir yer..

pepagi dah borim..mengadap komputer mbaca berita2 hangat hari ini..blh tahan juga..kedengaran deruan enjimn moto di laman..abi sampai dengan gopoh..lantaran kelewatan sudah nk pergi jaga peksa..biasa n beso...kerna lewat..abi bawa moto..alamak ngan aper nk g klinik..???

telepon klinik bagitau nk g lewat..tapi xblh..kena g pagi jua..telepon minta tlg kak lah..alhamdulillah..ada moto..tapi pas bersiap..abi plak yang sampai..alhamdulillah..xkena susahkan orang..

sampai klinik..cam biasa kena kencing, test darah n chek perut..g klinik orang mengandung..tu laa rutin yer..tapi mama jenis yang payah nk kencing..minta excuse dulu..setelah dichek seme..alhamdulillah..syukur sangat sepanjang mengandung ni xder masalah ape..xtau lah yang akan datang..moga2 dipermudahkan jua..aminnn..dan mama duk nunggu masa n membilang hari tuk bersalin..seme selesai..satu jer lagi..meme mama ni penakut kit..nk kena cucuk plak..fobia betul rasa..tapi tuk kesihatan gak..alhamdulillah pas di cucuk b diberi ubat..selesai ler ragam di klinik..

mekasih akak2 misi sekaliann..xpernah jemu ngan seribu satu ragam ibu2 yang datang...senyum n senyum sokmo..
byee..see next bingkisan..

Kecewa dihati

begitulah ragam yer kehidupan...hanya mampu menyuruh tapi sukar dilaksanakan..kenapa perlu begini jadi yer...bila difikir2 meme xterfikir n sukar untuk memikirkan yer..cuba untuk diselesaikan tapi..siapa yg hendak mengikuti..mendengar tiap bingkisan kata....hendak dibiarkan...????xkan selama-lama yer dibiar begitu...

akhir yer..pada Allah jua tempat yang paling tepat untuk mengadu damba..berdoa n bertawakal..semoga ada yer perubahan demi perubahan...

sememang yer amat pasti n tahu..syaitan itu di mana2..mencuba n terus mencuba..sedaya upaya mengumpan n menghasuk..sesiapa sahaja yang terleka pasti yer..kan termakan pujuk rayu yer..begitulah hakikat yer...

buat tatapan semua fikir-fikirkanlah dan renung-renungilah..byeeee..jangan marah kalu ada yang termakan lada...

cinta yang ku damba

Assalamualaikum wbt mama haikal.. apa khabar pagi ini.. nyenyaknya mama dan haikal tidur.. rehatlah secukupnya ya.. jangan lupa kejutkan abi untuk kuliah tafsir pagi esok.. love u so much! wassalam

abu faris

Monday, November 17, 2008

Jangan salahgunakan kebebasan pada masa cuti sekolah

ASSALAMUALAIKUM..HAI PEMBACA SEKALIAN...
Musim cuti sekolah telah pun bermula. Para pelajar sekolah rendah dan menengah mempunyai tempoh masa lebih daripada sebulan untuk berehat, beriadah dan melakukan kerja-kerja kegemaran mereka sebelum sesi persekolahan baru bermula Januari tahun depan. Sekurang-kurangnya sekarang, mereka yang masih berada dalam alam persekolahan adalah `bebas' daripada rutin harian masing-masing. Antaranya, pergi ke dan balik dari sekolah, mengulang kaji mata pelajaran dan terlibat dalam aktivititi luar bilik darjah. Namun, `kebebasan' itu janganlah disalahgunakan dan biar berpada-pada. Gunakan masa lapang yang ada untuk melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri sendiri mahupun orang lain. Bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun depan, mereka bolehlah membuat ulangkaji dari awal lagi. Jangan berlengah-lengah kerana masa itu adalah emas. Saat-saat yang berlalu tidak mungkin kembali. Pun begitu, nasihat tersebut bukan menyuruh adik-adik untuk menjadi ulat buku sepanjang masa. Keseimbangan masa untuk belajar, bersukan dan beriadah perlu ada. Libatkan diri dalam sukan kegemaran anda. Selain itu, sertai kem pelancongan berikutan jauh perjalanan, luas pengalaman. Pada hemat saya, ilmu itu datang daripada pelbagai sumber dan bukan melalui buku teks semata-mata. Pengamatan terhadap persekitaran baru menerusi panca indera kita membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Atau hadir ke bengkel motivasi untuk mengobar-ngobarkan semula semangat belajar mereka kelak. Adik-adik yang ringan tulang turut boleh membantu ibu bapa, orang-orang tua dan saudara-mara di rumah. Ibu bapa yang penat bekerja di luar tentu berasa gembira apabila bebanan kerja di rumah dapat diringankan. Sementara itu, dalam adik-adik beriang-ria dengan kawan-kawan di luar rumah tanpa kawalan ibu bapa, elakkan kegiatan berbahaya seperti berenang di lombong atau sungai tanpa kawalan orang dewasa. Ini kerana, malang tidak berbau. Terimalah nasihat saya seada-adanya: jangan jadi anak yang umpama buah kepayang, dimakan pahit dibuang sayang (sesuatu yang sangat disayangi tetapi menyusahkan) kepada ibu bapa kita.

UJIAN UNTUK HAMBA-NYA

Peranan Umat Islam
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Iklan

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang
Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).
Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.

Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab
1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.
Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya yang lain.

Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.
Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.

Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.

Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah. _

Sentuhan Cinta Pagi



ASSALAMUALAIKUM....buat tatapan semer....
Alhamdulillah...pertama2 syukur kehadrat Ilahi..kerna dengan kurniaan dan limpah rahmat yer..mama diberi peluang dan dapat jua mengenali, mempelajari apa itu dunia syber dan alam ICT..sesungguh yer, rasa terharu dan teruja yang amat..kerna tak pernah terlintas di benak akal fikiran untuk mempunyai blog sendiri..semoga diberi unjuk ajar atas setiap salah dan silap..THANKS GOD...
Di kesempatan ini jua..mama nk ucap berbanyak terima kasih buat semua...terutama suami tersayang.....sanggup bersengkang mata menyiapkan blog istimewa tuk mama...namun, ia mungkin tuk sehari dua ini sahaja..kerna si HAIKAL yang membesar sebagai juara bakal melihat dunia...doakan mama selamat bersalin dan sihat walafiat..insya'allah..
Tidak dilupakan jua...tuk seisi kuarga yang banyak membantu, menolong seterus yer menyokong mama selama ini..tanpa kalian mungkin kah mama sebegini....?????ALHAMDULILLAH..
Sekian dulu tuk kali ini..semoga dipanjangkan umur dapat berpetah bicara, berkongsi..tiap tingkah dan perbuatan...WASSALAMMMM..jangan was-was sudahhh..hiiiiii

HAI ..MAT INDON DAH MASYUKK..

HAI MAMA .. CEPATNYA KEDAI MAMA NI LAKU.. TQ FOUR VISITING OUR BLOG

Sunday, November 16, 2008

catat pergerakan di minggu ke 36+

alhamdulillah haikal bergerak aktif..

welcome to our world..

assalamualaikum.. and bismillah ar-Rahman ar_rahim