
Alhamdulillah hari ini 'bebek' sempat bawa 'dedek' farisa munirah ke klinik kesihatan Wakaf Bharu. Sesampai sahaja di lobi klinik abi terus meletakkan kad klinik 'dedek' di kaunter pendaftaran. Hari ni memang ramai pesakit dengan seribu satu keluhan.. lambatnya.. lama lagi ke..pakcik doktor tidur ke kat dalam tu bla..bla..bla. Abi berpakaian kerja dan berkad timbalan ketua pengawas peperiksaan. selepas jam 12.15 tgh nama farisa dipanggil ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan nombor giliran untuk menunggu dan menunggu. 'Encik ada bawa GL? kalau tak ada kena bayar RM 1 sebab bukannya apa kami takut pihak akautan kerajaan marah kat kami bla.. bla.. '. ' saya dari dewan periksa, tak sempat ke pejabat untuk dapatkan surat GL tapi biasanya tak kena bila dia tanya kerja kerajaan ke.. kat tumpat hari tu pun lepas, kat KB pun ok..' kat sini lain encik, lagipun tak ada tercatat kat kad klinik ni pekerjaan bapa, kad periksa tak boleh jadi bukti'. 'tak kisah la puan.. saya bayar RM1 tu'.. seraya abi keluarkan duit RM10 dari dompet. 'lain kali bawa GL ya.. duit kecil tak ada ke encik? ' memang itu je yang saya ada puan'.. dedek kat tepi dah nak tersungkur penat kerana RM 1. kesian munirah. Nombor 117 pun diberikan kepada kami. nombor yang tercatat di papan nombor sekarang ialah 93.. duduk sahaja sekejap di atas kerusi lena terus munirah di pangkuan abi. Panjang sungguh lena dan penat sehinggalah nombornya dipanggil. Benak kepala abi pusing..siapalah nama makcik tadi ya. memang tak sesuai berada di kaunter tu. rupa-rupanya memang betul.. makcik tu ganti sahaja kerana pegawai kaunter tu rehat sekejap kerana urusan lain.
.jpg)
1 comment:
alahai..tinggi betui nilai rm1 tu..songkek sgt agak yer..tapi kalu nk diikutkan..budak yang bersekolah xdikenakan bayaran..dah dia duk berganti..dok tau apa2 laa..sabar jer laa abi oiii..
nak tanya..lambat lagi ke nk blk..ngantuk dah..hiiii..jangan terlupa bawa balik jubah abi..dah pesan kat kakak td,tapi xtau ingat ke x..
Post a Comment